Saturday, April 29, 2006

WEEKEND RIDDING-SIMPANG PULAI CAMERON


Kepada sesiapa yang berminat untuk menunggang terutama kepada geng superbike datanglah pada setiap hari Ahad antara jam 9 pagi hingga 10 pagi berkumpul di warong minuman berhampiran traffic light jalan Simpang Pulai Cameron Highland. Lepas bersalam-salaman dan minum kat situ mereka akan bertolak ke Cameron Highland. Biasanya mereka akan berakhir di first stopping point iaitu the highest peak (mungkin) sepanjang jalan tersebut. Anda yang mahu meneruskan perjalanan ke Kg.Raja, Brincang atau Tanah Rata mahupun ke Gua Musang terpulanglah. Tapi berhati-hati kerana di kawasan ini hujan tidak menentu. Malang tidak berbau. Yang pasti apabila petang hujan hampir pasti turun kadang-kadang renyai dan kadang-kadang lebat.

Anda yang berhajat datanglah. Bikers kat sini semuanya peramah dan senang berkawan, tak sombong walaupun ada R1. Mereka datang dari sekitar Ipoh dan Setiawan. Ada yang expert ada yang novice ada juga yang baru belajar. Kalau anda yang baru menunggang belajarlah dari senior-senior expert dulu tapi jangan terus menunggang cara mereka kerana ianya bahaya bagi anda tapi menyeronokkan kepada mereka. Bayangkan selekoh disana yang berbagai rupa. ...ada antara mereka yang boleh mengeluarkan bunga api sewaktu mengambil selekoh...apabila pelapik lutut bergesel dengan jalanraya.

Datanglah!
Every Sunday...and stay at home when raining.

No comments: